catatan hati seorang perantau hakiki

ASSALAMUALAIKUM


Filem yang diarahkan oleh Brad Peyton ini telah mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia bermula semalam, 11 April 2018. Brad Peyton yang kini berusia 40 tahun, mula mendapat perhatian Hollywood dengan filem komedi pendeknya, Evelyn: The Cutest Evil Dead Girl pada tahun 2002. Berdasarkan rekod, kebanyakan filem yang diarahkan oleh Brad Peyton dibintangi oleh Dwarne Johnson atau yang lebih dikenali dengan nama The Rock termasuklah filem Rampage ini. 



**********

Sinopsis filem Rampage
Secara asasnya filem ini diadaptasi dari satu siri permainan video

Seekor gorila yang telah dijaga sejak kecil oleh seorang ahli primatologi yang bernama Davis Okoye (The Rock) telah terkena serum hijau dari satu kapsul misteri yang jatuh dari langit. Serum tersebut telah mengubah gorila yang bernama George itu menjadi menjadi agresif, serta meningkatkan saiznya sehingga menjadi sangat besar dan tidak terkawal. Selain George, terdapat dua ekor lagi binatang yang telah terkena serum hijau tersebut di dua lokasi berbeza iaitu seekor serigala dan seekor buaya. 

Setelah mendapat tahu akan berita tersebut, seorang jurutera genetik yang bernama Dr. Kate Caldwell pergi menemui Davis Okoye dan memberitahu Davis Okoye bahawa Geoge sebenarnya telah terkena serum yang dicipta olehnya sewaktu dia bekerja dengan satu syarikat bioteknologi. Dr. Kate Caldwell telah dibuang kerja dari syarikat tersebut setelah dia mendapat tahu yang syarikat tersebut ingin menggunakan kajiannya untuk menghasilkan senjata biologi.

Syarikat bioteknologi tersebut diterajui oleh satu pasangan adik-beradik iaitu Claire Wyden dan Brett Wyden. Untuk mencapai cita-cita jahatnya, Claire Wyden perlu mendapatkan DNA binatang-binatang gergasi tersebut. Oleh itu, dia telah menyeru binatang-binatang gergasi tersebut untuk datang ke bangunan syarikatnya yang terletak di bandar Chicago dengan menggunakan frekuensi radio. 

Pihak tentera cuba menghalang ketiga-tiga binatang gergasi tersebut dengan menggunakan jet pejuang dan kereta kebal, tetapi tidak berjaya. Akhirnya, pihak tentera membuat keputusan untuk menggugurkan bom bagi membunuh binatang-binatang tersebut. Pada masa yang sama, Davis Okoye berusaha untuk menyelamatkan George, binatang yang dijaganya sejak umur 2 tahun itu. 

Bersama-sama dengan Dr. Kate Caldwell, Davis Okoye mencari penawar yang mampu menjinakkan kembali binatang-binatang tersebut. Walaupun telah dihalang oleh Claire Wyden, Dr. Kate Caldwell berjaya mencuri sebotol penawar dan memberikan penawar tersebut kepada George. Setelah kembali jinak, George menolong Davis Okoye untuk menumpaskan dua ekor lagi binatang gergasi itu sebelum pihak tentera sempat menggugurkan bom. 

**********

Secara keseluruhannya, filem ini agak mengecewakan. Lakonan The Rock juga kelihatan sedikit hambar dan kurang menyerlah berbanding filem-filemnya yang lain. Selain itu, ada beberapa babak dalam filem ini yang boleh dipertikaikan, sebagai contoh babak dimana Claire Wyden dimakan oleh George sedangkan sebelum itu tidak terdapat satu babak pun yang memperlihatkan Geoge makan manusia. Watak yang dimainkan oleh Joe Manganiello juga terasa sia-sia kerana dia mati terlalu cepat dalam filem Rampage ini. 

Untuk filem ini aku bagi:


**********

Keywords:

1. Rampage (2018) review
2. Filem lakonan The Rock

Tiada ulasan:

Catat Ulasan