catatan hati seorang perantau hakiki

SALAM
(gambar kredit dari GOogle)

Kanjou-zoku (環状族) adalah gabungan dua perkataan iaitu Kanjou yang bermaksud Bulatan dan Zoku yang bermaksud Kumpulan. Apabila digabungkan kedua-dua perkataan tersebut, ia merujuk kepada satu kumpulan yang menggunakan jalan raya yang berbentuk bulatan untuk berlumba.

Antara jalan raya yang terkenal dengan aktiviti oleh Kanjou-zoku ini ialah No 1 Loop Route of Hanshin Expressway dan Nagoya Expressway Ring Route. Mereka menggunakan parking area sebagai tempat berkumpul dan kadang-kadang sebagai garisan permulaan perlumbaan.

Apabila disebut Kanjou-zoku, ia akan dikaitkan dengan Honda Civic, dimana ianya ditiru daripada perlumbaan "Civic One-make Race" di Litar Suzuka.

Dengan meningkatnya penguatkuasaan daripada pihak polis, ia dikatakan aktiviti oleh Kanjou-zoku ini telah berjaya dikurangkan sebanyak 90%.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan