Monday, December 26, 2016

APA ITU KANJOU-ZOKU

SALAM
(gambar kredit dari GOogle)

Kanjou-zoku (環状族) adalah gabungan dua perkataan iaitu Kanjou yang bermaksud Bulatan dan Zoku yang bermaksud Kumpulan. Apabila digabungkan kedua-dua perkataan tersebut, ia merujuk kepada satu kumpulan yang menggunakan jalan raya yang berbentuk bulatan untuk berlumba.

Antara jalan raya yang terkenal dengan aktiviti oleh Kanjou-zoku ini ialah No 1 Loop Route of Hanshin Expressway dan Nagoya Expressway Ring Route. Mereka menggunakan parking area sebagai tempat berkumpul dan kadang-kadang sebagai garisan permulaan perlumbaan.

Apabila disebut Kanjou-zoku, ia akan dikaitkan dengan Honda Civic, dimana ianya ditiru daripada perlumbaan "Civic One-make Race" di Litar Suzuka.

Dengan meningkatnya penguatkuasaan daripada pihak polis, ia dikatakan aktiviti oleh Kanjou-zoku ini telah berjaya dikurangkan sebanyak 90%.

Saturday, December 3, 2016

PELABURAN UNTUK MASA TUA ANDA

SALAM

Dalam post sebelum ni, aku ada bagi tahu yang sekarang ni aku ngah buat part time as a Unit Trust Consultant untuk CWA. so apa itu Unit Trust, ataupun dalam bahasa melayu nya disebut sebagai Amanah Saham?

Unit Trust merupakan satu struktur dana bersama yang tidak diperbadankan yang membolehkan dana untuk memegang aset dan memberikan keuntungan yang pergi terus kepada pemilik unit individu.

Sunday, November 20, 2016

KERJA PART TIME SEBAGAI AGEN CWA

Assalamualaikum


Tahun 2016 ngah siap-siap packing barang nak berlalu pergi, baru lah aku terhegeh-hegeh nak tulis post. haha. dah bersarang tebuan blog aku ni. so hari ni aku nak bersih bersihkan sket sarang tebuan tu dengan post pertama aku untuk tahun 2016. owh yeahhhhh

untuk post kali ni, aku nak cerita yang aku tengah buat part time as CWA Agent. Kenapa aku buat part time? Tak cukup ke gaji sebagai engineer tu? atau sebab nak sahut cabaran YB Ahmad Maslan yang suruh buat dua kerja?

ImFact: JENAMA KERETA YANG ADA NAMA CINA

Assalamualaikum Baru-baru ni duk kecoh kononnya Proton kena tukar nama selepas Geely milik syarikat China membeli 49.9% lot saham P...