Thursday, January 1, 2015

POKOK BERDUIT

AS-SALAM


aku dilahirkan dengan sifat microphobia. tahu apa itu microphobia? sila lah google sendiri yerk. kalau nak lagi mudah paham, do use google image. dan alang-alang kamu tengah cari apa itu microphobia, kamu google lah juga pasal trypophobia. ingat, sila guna google image for a better understanding. hahaha

okay, itu yang malas nak google, biar aku sendiri yang beritahu. microphobia is a fear of small things. serius aku tak boleh tengok benda yang kecil, so sebab tu lah aku akan menjerit kalau nampak lipas sebab lipas kebanyakannya bersaiz kecil. hahaha. boleh tak terima alasan itu?

nak dijadikan cerita, ketika aku kecil dahulu, emak aku selalu minta aku belikan barang di sebuah kedai runcit yang berada di belakang rumah aku.. dan nak dijadikan cerita juga, di depan kedai tersebut ada sebatang pokok yang dahannya bercabang dua..

oleh kerana aku ni microphobia, aku selalu buang duit baki ke bawah pokok tersebut. tapi bukan semua aku buang, aku buang duit 1 sen, 5 sen, 10 sen, dan 20 sen.. Alhamdulillah saiz duit 50 sen dan 1 ringgit tu dah dikira besar oleh aku. hahaha. 

hampir setiap hari aku pergi ke kedai tersebut, dan hampir setiap hari aku buang duit dengan purata 10 sen ke bawah pokok tersebut. cukup setahun, mungkin boleh terkumpul sehingga rm50 kat bawah pokok tersebut. ishhh. kaya raya. hahaha. 

opppsss btw,, Alhamdulillah sekarang aku dah boleh pegang duit 10 sen. tapi duit 5 sen dan duit 1 en jepun, still aku rasa phobia nak pegang... hmmmmm. sebab tu kalau kat kedai aku akan cakap, "duit 5 sen saya tak nak!"

ImFact: JENAMA KERETA YANG ADA NAMA CINA

Assalamualaikum Baru-baru ni duk kecoh kononnya Proton kena tukar nama selepas Geely milik syarikat China membeli 49.9% lot saham P...