PENGUBAT HATI

it's never easy to stand when the storm hits. and that's exactly the point. by sending the wind, HE brings us to our knees; the perfect position to pray - Yasmin Mogahed

Friday, February 28, 2014

PENGALAMAN PART TIME

AS-SALAM

hai guysss.. so, we meet again. hehe. so, hari ni hari last aku kerja part-time as sales manager kat Arai Housing Co., Ltd... so, apa kaitan nya dengan gambar kat atas tu? haha. tak de pape kaitan pun, just am missing my little brother right now. isn't he so cute? arghhhh.. seriously wanna hug him.. 

ok, back to the main topic.. Arai Housing ni syarikat sewa rumah. so, i need to deal with customers yang nak masuk rumah dan yang juga yang dah masuk rumah. hahaha. ok, sebut pasal customers ni, macam-macam jenis customer yang pernah aku jumpa.. 

1. kaki rasuah

mostly customer akan bayar rent kat pejabat, so am the one who need to terima duit, daftar dan buat resit. so, ada lah seorang customer dari negara XXX, setiap kali bayar sewa, dia mesti suruh buat resit tipu. kalau sewa 10000 yen, dia suruh buat resit 20000 yen, so nanti bila dia dah claim ngan company tempat dia kerja, dia dapat lebih. haha. what the fishhhh! haha. 

bukan sekali dia suruh buat jahat, tapi banyak kali plak tu. but the results are always disappointing for him.. and, at last, dia call aku suruh pergi rumah dia sebab ada kerosakan. so, aku pergi lah rumah dia dan itu memang salah satu kerja aku untuk ambil tahu segala kerosakan dalam rumah customer. tapi, bila aku sampai kat rumah dia,, perghhhh,, menyirap.. dia kata dia salah paham benda tu rosak, dan at that time, bermula lah lagi drama suruh buat jahat.. tapi malang bagi dia, aku bukan lah sejahat itu. hahah

2. kaki bayar lambat sewa

hahaha. customer macam ni bersepah. tapi yg paling ketara, ada sorang mat salleh ni. wajib setiap bulan dia bayar lambat. kalau bayar awal tu, makna nya ada lah tu benda yang tak kena kat dia.. haha... kena puas call baru lah terhegeh-hegeh nak bayar.. erghhhh.. 

3. kaki suka minta barang baru

rumah yang disediakan oleh syarikat aku, semua nya fully furnished. so,, ada lah customer datang buat report benda tu rosak benda ni rosak. padahal tak rosak pun, saje mengada tahi kuda.. tapi ada je benda yang betul-betul rosak, so we change it with new ones. then, bila si rumah A tukar benda baru, mula lah si rumah B yang duk sebelah rumah A datang buat laporan dan minta benda sama macam si rumah A. macam ni banyak sangat berlaku. kami bagi si A kerusi baru, esok pasti si B sampailah si Z datang minta benda sama. well every time this thing happens, I just wanna squeeze them to death. erghhhh.. 

4. kaki suka bagi makanan

ada sorang customer india, suka sangat bagi makanan kat aku.. sorry to be rude but, indian food yg dia slalu bagi tu sangat tak kena ngan mulut aku. huhu. kadang kadang terpaksa tipu yang aku tak leh makan kat rumah dia, so dia akan bekalkan aku. hmmm. nak tak nak, terpaksa buang.. terpaksa ok. i try to eat, but i can't...

5. kaki suka borak

ada beberapa customer yg suka sangat ajak borak. kadang kadang dah habis waktu pejabat, dia tetap tak balik-balik. tapi aku suka je borak, sebab dapat practise bahasa aku. hehe

*****************

macam-macam customer aku dah jumpe. ada juga yang sorang ni, yang baik ngan aku sebab aku suka main ngan anak dia.. then one day, dia ajak datang rumah dia sebab ada party hari jadi for her daughter. hmmm. aku tak pergi sebab aku ada.. seriously, i just feel bad.. ye lah.. bufday pertama anak dia koytttt. after dari tu, aku dah tak pernah jumpa dia.. hmmm

ada juga customer yang selalu puji aku sebab aku suka senyum. Alhamdulillah. =)

yang pasti, we must treat others as we wish others to treat us. ada juga beberapa customer yang berjawatan hebat-hebat tawar kerja kat aku after grad. Alhamdulillah juga. =)

11 comments:

Farah said...

Tak pernah tahu pun ada syarikat specific untuk rumah sewa.
Masa kerja, cakap Jepun ke cakap English?

amirul imran said...

@farah

Hehe. Cakap Dua dua. Kadang melayu pun pernah. Sbb customer indon n melayu pun ada.

Farah said...

Oh! Multilingual la kira ni :)

Ida Scripters said...

Yang no 1 tu rasanya salah bila dirumuskan sebagai Kaki Rasuah...kena baca lagi difinisi Rasuah. Rasanya lebih tepat kalau kata Kaki Penipu. Sebab rasuah mesti ada pemberi dan penerima... kecuali kalau dia soh buat resit lebih pastu dia akan kasi duit 'upah' pada awak... baru boleh kata kaki rasuah. Mean dia merasuah awak supaya tulis harga lebih pada resit.

amirul imran said...

@ida

Hehe. Saya lupa nak tulis sebenarnya.dia cakap, kalau saya buat resit, then dia claim dr syarikat, nanti dia share ape yg dia dapat. Hehe.

Btw, terima kasih sbb tegur.(^_^)

zuhdi sanusi said...

huhu., mcam2 kaki ader ader yer.,

amirul imran said...

@zuhdi

haah, macam2x kaki ada kan? kaki buruk, kaki berkulat, tapi kaki wangi pun ada. hehe

PuteraOhtraBulan said...

Assalamualaikum
Kerja partime mmg banyak pancaroba..

Super Girl said...

wah. abang mithali ni. btw, bila banyak deal dengan orangg macam-macam ragam yang kitaa jumpaa kenn? hihi. saboo je laa :D

amirul imran said...

@puteraohtrabulan

Wsalam. Haah. Part time mmg mencabar. Haha

amirul imran said...

@super girl.

Haha. Xmithali sngt pun. Hehe. Yup, mcm mcm ragam jumpe. Sabor je lah

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates