Wednesday, December 25, 2013

THE MOST SEARCHED KEYWORDS IN MALAYSIA

as-salam


ohoiii.. lama kita tak ketemu... maaf lah.. sekarang sibuk dengan research yang tak siap lagi walaupun esok lusa dah nak kena hantar thesis.. hmmm.. poning poning... btw,, bermula dari sabtu ni, cuti tahun baru dah start sampailah 6hb 1 tahun depan.. yahooooo.. tapi tak leh gembira sangat, sebab research tak siap lagi.. aishhhhh.. poning poning...

ok lah,, kali ni aku tulis post pasal the most search keywords kat google engine.. 

  1. CAR MAKES - Proton Suprima
  2. FASHION BRANDS - Coach
  3. GE13 POLITICIANS - Anwar Ibrahim
  4. LOCAL DESTINATIONS - Genting Highlands
  5. MALAYSIAN NEWS SITES - Malaysiakini
  6. MALAYSIAN TV SERIES - Setia Hujung Nyawa
  7. PEOPLE - Paul Walker
  8. SPORTS PERSONALITIES - Gareth Bale
  9. TOP MOBILE SEARCH - Facebook
  10. TOP MOBILE SEARCHES FOR LOCAL SITES - Mudah
  11. TOP SEARCHED TV SHOWS - Upin & Ipin
  12. TRENDING MALAYSIAN CELEBRITIES - Izzue Islam
  13. TRENDING MALAYSIA MOVIES - KL Gangster 2
  14. TRENDING MOVIES - The Conjuring
  15. TRENDING SEARCHES - Lahad Datu
  16. TRENDING SONGS - Gwiyomi


1. keyword 'Proton Suprima' mula menjadi popular sejak pelancaran Proton Suprima S pada 17 Ogos. paling banyak orang search berkenaan dengan proton suprima ialah harga kereta tersebut.. berapa yerk harganya? tak ambil tahu plak aku...

2. untuk keyword 'coach',, aku amat yakin yang mesti golongan hawa yang paling banyak search kat google.. sebab apa?? sebabnya paling ramai orang search pasal coach ialah berkenaan dengan handbag coach.. haha... tak kan lah lelaki nak pakai handbag plak kan? kecuali dia nyah. haha

3. haha... nama Anwar Ibrahim yang paling banyak orang search berbanding Najib Razak yang berada di tempat ke-4. orang negeri sembilan yang paling ramai search pasal Anwar.. hoho

4. tak de pape nak cerita pasal genting highlands. yang pasti,, kat jepun berlambak lagi best tempat yang macam genting tu.. haha.. tapi yang aku paling bangga ialah,, 2 tempat di Terengganu menjadi keyword paling popular top 10 iaitu pulau perhentian dan pulau redang. 

5. malaysiakini paling ramai dibaca ketika piliharan raya 2013... dimanakah utusan malaysia? haha.. sayangnya tiada dalam top 10..

6. owh.. no komen.. sebab tv kat jepun ada rancangan jepun je.. hehe... btw,, best ke cerita tu?? 

7. paul walker.. aku amat yakin yang orang malaysia ramai search pasal dia ni after dia mati.. kan? kan? btw,, korang nak tahu satu benda?? isteri mat yo adalah keyword no 3 paling popular kat malaysia... hahaha... negeri yang paling banyak search ialah Terengganu.. negeri aku tuuu.. haha

8. no komen... haha..

9. no komen juga..

10. mudah.my... boleh percaya ke shopping kat situ?? pernah ada pengalaman?? kongsi sket kat ruangan komen.. hmmm.. aku selalu je shopping online sini.. tapi tak berani plak nak shopping online kat malaysia..

11. aku walaupun dah besar and dah merantau jauh ke jpun.. aku still layan upin & ipin ni ngan kawan-kawan aku.. kitaorg bukak youtube kat tv, then layan ramai-ramai sambil makan kat ruang tamu.. perghhh.. seronokk.. haha

12. izzue islam.. haha. aku tak kenal. maaf. tapi aku rasa dia ni baru kahwin ngan rita rudaini bukan?

13. KL Gangsters 2. haha. korang boleh agak tak ramai org cari movie ni pasal apa?? yaaa, tepat sekali!!! ramai yang cari movie ni sebab nak download free.... haha.. budaya orang Malaysia,, memang suka cari benda-benda free ni.. hehe.. dan malangnya,, kat sini tak boleh download full movie HD KL Gangsters 2.. btw,, aku dah tengok movie ni.. bagi aku,, aku lagi suka yang first... then,, kalau korang nak tahu, movie Highland Towers berada di tempat ke dua dalam kategori ni.. movie ni pun aku dah tengok.. bagi aku,, tak lah best sangat dan tak lah teruk sangat.. kiranya,, cubaan yang bagus gak ah.. cuma aku tak suka ending dia..

14. movie The Conjuring.. perghhhh, terbaik gua cakap sama lu... memang seram habis movie ni.. aku ni dah lah suka tengok movie-movie hantu, so bagi aku, movie ni memang terbaik... btw, korang ada movie hantu yang nak suggest kat aku tak?? hehe

15. yang pasal Lahad Datu ni, aku yakin yang ramai orang Malaysia search kat internet sebab nak tahu lebih detail pasal yang berlaku kat Lahad Datu kan?? bagus-bagus. korang semua memang prihatin..

16. NO komen pasal gwiyomi ni.. cuma aku terkilan sebab aku dah puas cari, tapi tetap tak jumpa penyanyi asal gwiyomi ni... haha..

Jya sekian.. 

source: google trends

Monday, December 16, 2013

GADGET REVIEW: WIRELESS EARBUDS BACKBEAT GO 2

AS-SALAM


ooohoiiiii. jumpa lagi semua... hehe.. jangan ingat aku dah tak suka menulis,, cuma kekangan masa yang menghalang aku berleter disini.. =P

ok, sebelum aku tulis review,, aku ada satu benda nak cerita kat korang semua... 2 minggu lepas,, aku ada pergi jenjalan cuci mata tengok baju-baju kat Lalaport Toyosu... aku ni jenis yg benci tengok orang main handphone sambil berjalan.. tetapi entah macam mana,, hari tu kebetulannya aku jenjalan dalam mall tu sambil mata tengok kebawah main handphone., then,,, tetiba ada sorang budak umur 5 tahun mungkin, yang berlari dari arah depan aku dan hampir melanggari aku.. aku terkejut, dan yang paling mengejutkan apabila ada suara jeritan kemarahan dari depan...

MakCIk A; 前見て!(tengok depan!!)

glurrpppp.. aku terkejut dan terkesima.. makcik tu marah aku atau pun marah anak dia... erkkk... tapi yang pasti,, aku dan anak dia bersalah dalam hal ni... haha..

ok lah... aku nak tulis review plak... kat jepun ni,, memang ramai yang guna basikal,, beza dengan malaysia,, hampir 90% pelajar kat universiti aku datang kelas dengan basikal.. dan aku pun tak ketinggalan dalam bab ni.. so, nak dijadikan cerita, aku ni suka benor kayuh basikal sambil dengar lagu guna earphone.. (shhh.. sebenarnya guna earphone sambil berbasikal adalah satu kesalahan kat jepun) tapi, tapi, jujur aku katakan yang wayar earphone yang panjang tu amat menyerabutkan dan amat tidak mententeramkan jiwa ketika berbasikal... maka dengan itu, sebagai langkah penyelesaian, aku belilah earphone yang guna bluetooh ni.. tak de lah nak serabut sangat dengan wayar dia yang panjang... 


the good: lightweight, very good sound quality, strong pairing connection with no noise
the bad: battery life is not great (4.5 hours)


earphone ni skali ngan fit stabilizer. apa function dia? function nya adlah untuk kasi earbud tu betul-betul melekat kat telinga... memang superbbbb...

macam aku cakap tadi, pairing connection antara earbuds ni dengan handphone,, memang kuat.. so kadang-kadang, aku boleh lupa kat mana aku letak handphone aku.. haha.. dan yang paling menakjubkan ialah,,, walaupun ianya wireless earbuds, noise tu boleh dikatakan langsung tiada... sound quality memang terbaikk...

tapi macam mana pun, kekurangan itu tetap ada. yang paling jelas ialah,, battery nya cepat benor habis... dalam 4 jam lebih jeww... 

untuk gadget kali ni,, aku bagi ranting sebanyak

RANTING; 7.8/10


Monday, November 25, 2013

RECIPE: SUP KETAM

AS-SALAM


ntah kenapa hari ni aku rasa nak kongsi resipi.. pelik kan? aku tak de lah selalu masak sendiri, asyik-asyik makan luar je aku pandai... hmm.. orang kata, kalau kita tetiba buang tebiat ni, alamat nya dah nak mati.. hahaha. InsyaAllah moga-moga aku hidup panjang, sekurang-kurangnya biarlah aku yang uruskan pengebumian mak dan ayah aku. 

baiklah, kali ni aku nak kongsi resipi sup ketam... aku dah buat dua kali dalam masa seminggu, tapi lupa nak amek gambar sup tersebut, so aku letaklah gambar temple yang aku sempat snap time pergi Kansai tempoh hari...

RESIPI SUP KETAM

BAHAN A:
  1. 5 ulas bawang merah dimayang (kalau tak ada bawang merah, bawang besar pun boleh)
  2. 3 ulas bawang putih dimayang
  3. 1 inchi halia diketuk atau dipotong nipis
  4. 1 batang kulit kayu manis
  5. 2 kuntum bunga lawang
  6. 3 biji buah pelaga
BAHAN B:
  1. 4 ekor ketam (dibersih dan dipotong)
  2. 2 biji kentang
  3. 1 bungkus sup bunjut
  4. 2 sudu besar perencah sup
  5. 2 sudu besar serbuk lada putih (lada sulah)
  6. 6 cawan air
  7. garam/gula secukup rasa
  8. daun bawang
  9. cendawan tiram
CARA-CARA:
  1. Tumis bahan A hingga wangi. Kemudian, masukkan air dan sup bunjut. Masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan ketam, cendawan tiram dan kentang.
  3. Masukkan lada sulah, garam, gula dan perencah sup.
  4. Setelah masak, masukkan daun bawang yang sudah dipotong.
kalau nak masak ketam, pastikan ketam tersebut betul-betul masak, sebabnya ketam yang tak betul-betul masak boleh menyebabkan keracunan makanan... macam mana nak tahu ketam tu dah masak belum? ketam yang sudah masak akan berubah warna.... btw,, sup ketam ni, aku cadangkan korang makan dengan NASI GORENG.. perghhh.. memang syokkkkk...

sekian sahaja.. jyaaaa....

btw,, ketam kat jepun ni mahal wooooo... seekor dalam 22 ringgit.. perghhh.. mengidam punya pasal, bertebangan duit-duit aku.. sob sob...

Friday, November 22, 2013

HANYA UNTUK ANDA

As-salam
kali ni aku tulis post guna hanset note 3 aku. so, macam aku cakap sebelum ni, post melalui hanset akan lebih pendek dan tidak bermakna berbanding dengan post melalui laptop.
ok, kali ni aku nak cakap benda mengarut pasal blog lama aku. kalau korang nak tahu, blog lama aku agak laris.. memang ramai pengunjung yang datang singgah makan biskut sekeping celup dengan air kopi panas setiap hari.. tapi malangnya, mereka datang bukan sebab nak baca post aku, tapi nak cari sesuatu yang mustahil untuk ada kat blog aku tu. nak tahu apa yang mereka cari? haha. mereka cari video-video ataupun cerita-cerita lucah. hmm. aku pun tak tahu kenapa mereka cari benda-benda haram tersebut kat blog aku, padahal seingat otak waras aku, aku tak pernah plak post benda-benda lucah ni.. ishhh. owh melayu, jangan lah suka benda lucah, nanti dipanggil si melayu lucah. haha... harap-harap mereka tak lah plak cari benda sama kat blog baru aku ni..
btw, kalau korang tengok gambar kat bawah ni, keyword paling popular untuk blog lama aku ialah video lucah jepun.. haha. maybe sebab aku tinggal kat jepun kot.. ntah loll... dah yang paling tak leh blah, "dimana nak tengok video lucah melayu?". hahahaha. siap soalan lagi tu.. agaknya apa lah yang google jawab yerk? maybe ini jawapan google, "disini kamu boleh tengok video lucah melayu.". hahaha

ok lah, sekian sahaja post lucah aku yang tanpa video atau kisah lucah melayu mahupun jepun.. aku tak tahu nak tulis tajuk ape sebenarnya untuk post ni. haha. ada idea tajuk yang lebih sesuai?

Wednesday, November 20, 2013

TRAVEL TIPS: KIYOMIZU-DERA, KYOTO, JAPAN

AS-SALAM


sabtu lepas, ntah macam mana aku jadi gila, tetiba je aku buat keputusan mendadak untuk pergi lawat kawan aku kat Osaka dan Kyoto.. jarak Kyoto dengan Osaka ialah kira-kira 45km, manakala jarak Kyoto dengan Tokyo ialah kira-kira 500 km walaupun nama kedua-dua bandar hanya berbeza pada turutan ejaan (ToKyo and KyoTo).. hehe.. tak de kaitan pun sebenarnya kan?

btw,, aku gerak ke Osaka dengan Shinkansen atau orang luar panggil sebagai Bullet-train.. harga tiket Shinkansen ni sudah fixed, so kadang-kadang flight lagi murah sebab tiket flight slalu ada promotion.. tapi,tapi, untuk student, tiket shinkansen boleh dapat discount sebanyak 20% kalau ada kertas seperti dibawah ↓.. kertas ni leh dapat dari sekolah.. so, after discount, harga tiket untuk shinkansen dari Tokyo ke Osaka ialah 23600 yen, atau kira-kira RM 752 dengan perjalanan selama 2 jam setengah..


best naik bullet-train? bagi aku,, naik shinkansen ni sama je dengan naik train biasa.. tapi kalau korang nak rasa sangat macam mana naik train yang bergerak hampir 275km per jam,, sila lah naik.. dan pastikan korang naik waktu petang, baru lah korang tahu yang shikansen tu tengah bergerak laju.. haha

ok lah, nampaknya post aku ni smakin lama semakin tersasar dari tajuk asal, so lebih baik kita fokus semula pasal tajuk kita hari ni iaitu Kiyomizu-dera...

sebelum aku gerak ke Kyoto, aku dah check siap-siap kat internet pasal tempat untuk tengok sunset yang paling ohhsemm kat Kyoto.. so check punya check, keluarlah nama Kiyomizu-dera nieh...

nak pergi Kiyomizu-dera ni, boleh naik bas dari Kyoto Station.. bas no 206 di terminal D2 ataupun bas no 100 di Terminal D1.. bus stop paling dekat dengan Kiyomizu-dera ialah Gojouzaka ataupun Kiyomizu-dera... tak jauh pun tempat ni dengan Kyoto Station.. kalau naik bas dalam 15 minit, so kalau lari macam Usain Bolt, boleh ah dalam 10 minit. haha... untuk tiket masuk ke tempat ni plak, satu tiket harganya 400en atau kira-kira RM13.. tiket ni leh guna kluar masuk untuk satu hari...

ok lah,, aku tak nak cakap panjang... korang tengok lah sendiri beberapa keping gambar yang sempat aku tangkap kat sana...


main entrance

main entrance at night







golden sunset

jya, as-salam!!

Thursday, November 14, 2013

TRAVEL TIPS: PULAU LANGKAWI

AS-SALAM


ohoiiii... dah pukul 1:10 pagi, tapi terhegeh-hegeh lagi nak update blog.. haha.. tapi tak pe, sekejap je aku nak tulis post baru ni, sebab post ni aku cedok dari blog lama aku... 

ok lah, kali ni aku nak kongsi semula tip-tip melancong ke pulau mahsuri, iaitu pulau langkawi.. first time aku pergi ialah kira-kira 3 tahun yang lepas... perghhh.. memang syookkkk gua cakap sama lu.. insyaALLAH nanti nak pergi lagi...

PAKEJ PERCUTIAN

untuk pakej percutian, aku time tu pilih pakej yang ditawarkan oleh agensi One Team Holiday. tapi aku rasa diaorg dah tukar nama kepada Zulu Travel & Tours Sdn Bhd (link). so, kepada yang low in budget tu,, aku amat sarankan untuk amek pakej dengan agensi ni sebab service diaorang memang thumbs up... nak dijadikan cerita, aku ngan geng-geng aku time pergi Langkawi dulu, just amek pakej yang paling murah dengan penginapan di Apartment Sri Idaman. tapi bila sampai sana, pihak agensi bagi kitaorang bermalam di Apartment Century Suria yang sepatutnya untuk pakej yang lebih mahal.. alasan diaorang, sebab Apartment tu tak de orang booking.. Alhamdulillah, moga murah rezeki diarorang.. 


TEMPAT-TEMPAT MENARIK

untuk tempat yang menarik yang aku rasa korang patut pergi ialah, 1) Underwater World Langkawi, 2) Cabel Car, 3) Bird Paradise, 4) Crocodile Park, 5) Dataran Helang dan 6) Makam Mahsuri.. 

bird paradise
underwater world

untuk cabel car, aku sarankan korang untuk pergi waktu petang-petang sket.. sebabnya, kalau korang pergi awal pagi, berkemungkinan korang hanya nampak kabus tebal je.. dan kalau pergi waktu malam plak,, korang bersedia lah untuk terima kunjungan hantu-hantu sekalian.. haha.. dah nama pun malam, comperm lah tak nampak pape... btw, untuk bird paradise plak,, aku cadangkan korang pergi waktu pagi.. alasannya, sebab burung-burung time tu ngah lapar sebab semalaman tak makan... so, korang beli lah makanan burung yang dijual kat sana, dan insyaALLAH burung akan datang kat korang untuk makan... seronok-seronok.. haha... kalau korang pergi waktu petang, al-maksudnya korang hanya boleh tengok burung dari jauh je lah sebab mereka dah pun kenyang dek pelancong-pelancong sebelum korang...  dan, dan, dan untuk datarang helang plak... korang dinasihatkan untuk datang waktu senja... waktu dimana banyak burung helang akan terbang disana..


ISLAND HOPPING

selain korang pergi ke tempat-tempat menarik kat atas, Island Hopping gak benda yang wajib korang buat kalau pergi ke Pulau Langkawi.. Island Hopping ni, korang akan dibawa pusing-pusing pulau dengan bot, dan korang akan dibawa singgah ke satu pulau yang ada tasik dayang bunting.. then, korang juga akan dibawa ke satu pantai yang cantik untuk mandi manda.... 

Island Hopping

MEMBELI-BELAH

chocolate, benda yang wajib dibeli kalau pergi sana.. macam-macam jenis chocolate ada, harga plak murah-murah belaka.. paling murah bagi aku ialah Kedai Haji Ismail Group.. tapi beza harga dengan kedai-kedai lain tak jauh sangat pun... btw,,, kalau korang ni jenis yang Kipas-Susah-Mati chocolate jenma Kisses, aku ada terjumpa satu kedai yang jual 50sen lebih murah berbanding dengan kedai lain iaitu kedai One Stop Shopping Centre... 

beli chocolate

cenderamata plak, aku tak tahu kat mana yang murah tapi dulu aku memborong kat Beras Terbakar.. Harganya boleh tahan murah la....

dan last skali, untuk yang nak beli pinggang, mangkuk atau alatan dapur tu,, insyaALLAH kedai Idaman Suri adalah pilihan yang baik untuk melabur.. haha

jya, AS-SALAM

Tuesday, November 12, 2013

ANDROID APP REVIEW 1 : TIMELY

As-Salam


Alhamdulillah, setelah 2 hari kita tak bertemu, akhirnya ada juga masa terluang untuk aku tulis blog lagi.. sebenarnya, sejak 2, 3, 4, 5 menjak ni,, aku busy sket buat persedian untuk academic conferance.. so,, memang tak de masa nak menulis.. maaf yerk... 

ok lah,, kali ni aku nak buat benda baru sket kat blog aku, iaitu review untuk adroid's app.. aku pilih android sebab aku ni pengguna android yang sejati.. dari dulu lagi aku guna android je dan yg terbaru Samsung Galaxy Note 3.. 

untuk app yang pertama, aku pilih Timely... bagi aku, Timely ni satu app yang amat terbaik untuk jam lonceng... so, bagi yang kaki susah bangun tidor tu, app ni memang sesuai bebenor ngan korang.. tambah-tambah lagi korang kurang bijak dengan matematik.. sebab ape? sebabnya kita boleh set kalau loceng berbunyi, macam mana cara nak stop bunyi tu.. ada cara kena jawab soalan matematik, ada cara kena susun bentuk dan ada juga cara kena ikut pattern yang dia bagi..


kalau ikut gambar kat atas,,dari kiri ialah patter, soalan matematik, dan yang terakhir ialah susun sama bentuk...


selain tu, kalau korang tengok gambar kat atas ni, Timely gak dilengkapi dengan fungsi Smart Rise. Smart Rise ni fungsi dia ialah 30 minit sebelum alarm sebenar berbunyi, satu melodi akan digunakan untuk kejutkan kita dari light sleep.. so, secara ringkas nya, satu melodi digunakan untuk kejutkan kita dari tidor lena kepada tido yang tak beberapa lena supaya bila alarm sebenar berbunyi,kita akan mudah terkejut... tapi kan,, aku tak guna pun function ni sebab aku mudah terkejut bila melodi tu berbunyi.. haha...

selain tu, kalau korang tengok gambar kat atas tu lagi, korang akan nampak yang Timely ni gak ada fungsi Cloud. Cloud ni berfungsi untuk connect dengan handphone kita yang lain.

haha.. itu je kot untuk kali ni... btw,, kalau korang sudi,, korang add lah aku kat instagram yerk... tekan je butang instagram kat belah atas kanan ni..

as-salam...

Wednesday, November 6, 2013

GUNUNG DAN AMANAH

AS-SALAM

pemandangan gunung fuji dari hachiouji

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi seta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persedian yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan"   Al-Ahzab : 72
post ni punya start pun dah dengan ayat quran, memang serius habis ah.. hehe.. tapi aku tak nak lah serius-serius, tak sedap plak korang nak baca nanti, so kita buat santai-santai tepi pantai gituwww.

ramai yang salah faham dengan perkataan amanah ni.. seolah-olah amanah ni bila kita ada jawatan je.. macam contoh, bendahari kelas kena jaga duit betul-betul, jangan guna dan jangan kasi hilang.. then, si pengawas plak kena ambil nama orang yang ponteng kelas dan bagi senarai nama tersebut kepada guru disiplin.. kalau lah amanah hanya setakat tu, comperm gunung tahan yang kecik tu pun sanggup terima tanggungjawab amanah...

yang sebenarnya, kehidupan kita 24 jam adalah dalam keadaan bergalaskan amanah. tak kira lah kita ni pelajar biasa ke, AJK kebersihan tandas asrama ke, penganggur ke, mahupun penulis blog.. hehe.. amanah kita yang paling besar adalah sebagai khalifah Allah. so,, menjadi tugas kita untuk mengikut segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.. menjadi tugas kita juga untuk mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perkara mungkar...

kalau kita jalan-jalan kat pantai Cahaya Bulan, then kita nampak sampah dibuang suka hati kering si pengotor, maka menjadi amanah kita untuk ambil sampah tersebut dan buang dalam laut.. ek eh, silap. bukan buang dalam laut, tapi buang dalam tong sampah.. hehe..bergitu juga kalau ada orang tertinggal handphone atas meja kantin sekolah, maka menjadi amanah kita untuk mengambalikan kepada tuannya atau pun paling tidak untuk tidak mencurinya...

sepanjang hampir 2 tahun aku tinggal kat jepun, memang aku boleh katakan yang orang jepun ni amat beramanah dan jujur... aku bagi contoh, bulan 5 lepas, aku ada pergi hospital untuk rawatan berkala aku... time aku nak bayar tu,,, bukan aku yang keluarkan duit, tapi pihak hospital yang bagi duit ke aku.. alasan mereka, sebab dulu aku terbayar lebih untuk kos rawatan sebelum ni... selain tu aku selalu tertinggal dompet kat dalam raga basikal, tapi Alhamdulillah walaupun selepas berjam-jam, wallet tu tetap comel di situ... hebat bukan??

Dari Abudullah ra. katanya Rasulullah SAW telah bersabda;
"hendaklah kamu selalu berlaku jujur. Kerana berlaku jujur membimbing kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke Syurga. Seseorang yang senantiasa berlaku jujur dan berusaha mempertahankan mencari kejujuran, maka di catat Allah sebagai Shadiq (oran yg jujur). Dan hindarilah olehmu dusta kerana sesungguhnya dusta itu membimbing kepada kejahatan dan kejahatan membawa ke neraka. Seorang yang senantiasa berdusta dan mempertahankan kedustaan maka dia dicatat Allah sebagai Kadzdzab (si pendusta)"

Tuesday, November 5, 2013

MISTERI SUKMA PAHANG

As-salam
Hai semua!! Alhamdulillah, jumpa lagi kita yerk.. 3 hari 3 post, semangat bukan? Haha. Moga-moga semangat ini terus berkobar-kobar. Fuhh fuhh. Doa seluruh badan.
Ok. Sebelum aku tulis lagi panjang, aku nak beritau dulu korang semua yang aku akan update blog menerusi 2 cara, iaitu dengan handphone note 3 aku yang serba canggih ni dan juga dengan laptop dell yang hitam menawan. Kalau melalui handphone, post tersebut akan lebih kepada cerita pendek untuk hiburan semata, manakala kalau dengan laptop plak, post tersebut akan lebih panjang, lebih serius, lebih berinfo dan lebih comel. Macam comel je, macam comel je. Hehe.
Dah, dah.. kali ni nak cerita kisah yang berlaku kira-kira 3 tahun lepas. Waktu tu, aku tengah makan kat restoran tupai-tupai berdekatan dengan giant shah alam. Ada 5 orang kesemuanya, aku, paan, adam, alip n ayep.
Tengah khusyuk makan-makan time tu, tetiba aku kluarkan soalan.
Aku: siapa tahu apa yang berlaku pada tahun 1996?
Kawan-kawan aku cuba bagi macam-macam jawapan, tp tak ada sorang pun yang betul. At last, aku pun tunjuklah kat baju yang adam pakai.
Aku: tu kat baju adam tu. Sukma pahang 1996.
Semua orang terus gelak kuat-kuat. Haha.
Si adam tu dia jenis low profile. Dia suka pakai baju yang ada tulis macam tu. Contoh, sukma pahang 1996 ke, larian bomba 2001 ke.
Sekian sahaja post kali ni. Btw, try korang teka, kali ni aku post guna handphone or laptop? Hehe.

MEMBELI BELAH DI ALAM MAYA

AS-SALAM




kat jepun ni, salah satu benda yang aku suka buat ialah online shopping.. kalau kat malaysia kita ada mudah.my,,, kat sini plak ada amazon japan..

bag, cermin, tilam, kasut, perfume, ink untuk printer, phone accessories, wallet, dan macam-macam lagi, semuanya aku beli kat amazon.. ada je kedai online shopping yang lain, tapi ntah kenapa aku bergitu setia ngan amazon nieh...

apa yang best pasal online shopping ni ialah, kita leh pilih barang yang ada discount, dan harga nya plak kebanyakkan lebih murah dari kedai kat luar sana tu.. selain tu,, kita jugak leh tengok review-review orang yang pernah beli barang yang kita cari...

TETAPI,, benda yang paling best dengan online shopping ni ialah sebab dia online. so, tak perlu nak letih-letih pergi kedai. just duduk atas kerusi, bukak laptop dan shopping. senang macam eja A, B, C.. lepas tu plak, servis penghantaran barang kat jepun ni memang terbaik... macam contoh, semalam pukul 11 tengahari, aku beli ink untur printer kat amazon.. then, pukul 6 lebih pada hari yang sama, aku dah dapat barang tu... senang dan cepat!! haha..

kadang-kadang, aku tak de kat rumah time barang tu sampai, so syarikat penghantaran barang tu akan tinggalkan notis macam gambar kat atas tu. ada syarikat yang kita leh call si driver penghantar barang tu secara direct, so kita akan cepat dapat barang kita semula, dan ada juga syarikat yang perlu kita set masa dan tarikh untuk penghantaran semula... hebat bukan???

ok, itu saje untuk kali ini. semoga berjumpa lagi. as-salam!!

FITTING ROOM

AS-SALAM


Nama aku, Imran, orang panggil pun Imran, adik aku yang pelat tu je yang panggil Imban.. ntah macam mana lah R tu leh jadi B pun aku tak tahu. pening-pening...haha. ok, itu je pengenalan diri aku stakat ni.. nak tahu lebih detail lagi, rajin-rajin lah bukak blog aku ni. insya-ALLAH korang akan tahu dari A sampai Z pasal aku nanti.

oppss.. lupa nak cakap,, yang segak berbaju melayu siap bersampin dalam gambar tu, adalah tidak lain tidak bukan aku sendiri. yang gagah perkasa belakang aku plak tu ialah kawan rapat aku... haha.. btw, lokasi gambar aku ni ialah di Odaiba, Tokyo...

aku sekarang belajar kejuruteraan kat Shibaura Institute of Technology.. dah tahun akhir dah pun.. insya-ALLAH bulan 3 nanti grad lah kot...

aku dah cakap panjang-panjang ni, korang tahu tak kenapa post aku yang ni tajuknya Fitting Room? hmmm.. sebenarnya aku dah ada blog sebelum ni, tapi disebabkan blog lama aku tu nampak sangat yang aku ni belum matang dengan post-post yang mengarut tahap dewa, so aku buat keputusan nak buat blog baru... insya-ALLAH, kali ni lebih matang, lebih info dan lebih bermanfaat..

korang semua, rajin-rajinkan lah baca and komen blog aku yerk... AS-SALAM. Bubyeee..

MOVIE REVIEW: THE FOREIGNER

ASSALAMUALAIKUM fuhhh, setahun tak update blog ni, tetiba hari ni aku rasa nak update.. harap harap ni bukan petanda nak mati. haha...